Monday, July 23, 2012

SALAM RAMADHAN

Salam Ramadhan al-mubarak kepada warga SKTJ. Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, beberapa perubahan telah ditetapkan bagi mengisi bulan yang mulia ini.
Bagi memastikan setiap warga SKTJ mendapat lebih ganjaran, waktu rehat telah diganti dengan Tadarrus Al-Quran mengikut kelas dan guru-guru yang telah ditetapkan.
Di samping itu juga, waktu pembelajaran disingkatkan 5 minit bagi setiap waktu. Dengan itu murid sesi pagi akan pulang pada pukul 12.55pm dari hari Isnin hingga Khamis. Jadual tersebut untuk Tahun 5 dan 6. Hari Jumaat pula seperti biasa. Bagi murid tahun 1, akan tamat pada pukul 12.30pm.
Sesi petang bermula seperti biasa kecuali hari Jumaat dan pulang pada pukul 5.30 pm.
Semoga Ramadhan kali ini akan memberi keberkatan kepada kita semua.

No comments:

VISI KPM

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

VISI SKTJ

INSAN YANG CEMERLANG DAN BERAKHLAK MULIA LAHIR DARIPADA SUASANA PERSEKOLAHAN YANG MENYERONOKKAN