Monday, July 23, 2012

SALAM RAMADHAN

Salam Ramadhan al-mubarak kepada warga SKTJ. Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, beberapa perubahan telah ditetapkan bagi mengisi bulan yang mulia ini.
Bagi memastikan setiap warga SKTJ mendapat lebih ganjaran, waktu rehat telah diganti dengan Tadarrus Al-Quran mengikut kelas dan guru-guru yang telah ditetapkan.
Di samping itu juga, waktu pembelajaran disingkatkan 5 minit bagi setiap waktu. Dengan itu murid sesi pagi akan pulang pada pukul 12.55pm dari hari Isnin hingga Khamis. Jadual tersebut untuk Tahun 5 dan 6. Hari Jumaat pula seperti biasa. Bagi murid tahun 1, akan tamat pada pukul 12.30pm.
Sesi petang bermula seperti biasa kecuali hari Jumaat dan pulang pada pukul 5.30 pm.
Semoga Ramadhan kali ini akan memberi keberkatan kepada kita semua.

Tuesday, July 17, 2012

Bulan Mengibar Jalur Gemilang

Program yang dijalankan setiap sekolah bertujuan mewujudkan semangat cintakan negara dalam kalangan murid-murid.
SK Taming Jaya telah berjaya menjalankan aktiviti ini pada 17 Julai bermula jam 7.40 pagi. Puan Zaraidah selaku GPK Hal Ehwal Pelajar telah merasmikan program ini.
Program ini juga telah melibatkan beberapa orang guru dengan mendeklamasikan sajak..

Sunday, July 15, 2012

SUKAN SKTJ 2012

14 Julai 2012 mencipta sejarah SK Taming Jaya dalam menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan. Program ini merupakan acara wajib bagi setiap sekolah menjalankannya.

Bermula jam 8.15 pagi hinggalah tamat hampir 2.23 petang. Segala acara akhir berjaya disempurnakan pada hari tersebut. Temasya kali ini berjalan serentak dengan acara murid tahap satu dan merupakan satu usaha untuk mencapai satu murid satu sukan.

Monday, July 9, 2012

SENAMROBIK 1 MALAYSIA







Senamrobik yang dijalankan pada hari ini, 10 Julai, jam 8.00 pagi dapat menarik penyertaan murid yang menggalakkan. Tiga kawasan terpaksa digunakan untuk menjalankan aktiviti ini. Selaras dengan hasrat KPM yang ingin melibatkan setiap murid dengan satu sukan.

Semua guru, murid dan juga staf turut terlibat.
Aktiviti tamat pada pukul 9.45 pagi. Kelihatan semua yang terlibat amat bersemangat dan berharap aktiviti seperti ini dapat dijalankan setiap tahun.



Thursday, July 5, 2012

Program 1 Murid 1 Sukan


Satu program serentak satu Malaysia akan diadakan pada 10 Julai 2012. Aktiviti ini akan dijalankan serentak seluruh negara di setiap sekolah. SK Taming Jaya akan menjalankan program di tapak perhimpunan bermula 8.00 pagi.

VISI KPM

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

VISI SKTJ

INSAN YANG CEMERLANG DAN BERAKHLAK MULIA LAHIR DARIPADA SUASANA PERSEKOLAHAN YANG MENYERONOKKAN