Monday, March 11, 2013


      2013 merupakan tahun yang bertuah bagi warga SKTJ walau pun salah seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid berpindah ke sekolah lain.   Sekarang kami masih ditadbir Puan Norjahnah binti Abdullah.  Penolong Kanan Kurikulum pula masih di bawah Puan Hjh. Naimah binti Nordin.  Beliau juga akan bersara bulan April ini.  Puan Hanizah Soho memangku jawatan Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid.  Encik Zulkifli bin Othman pula Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.  Manakala Puan Juhranar binti Yang pula Guru Penyelia Petang.

   Pada tahun ini SKTJ telah berjaya sebagai johan dalam acara Ragbi peringkat zon.  Salah seorang pemain pula telah dipilih bermain untuk peringkat negeri.


  Semoga kejayaan demi kejayaan dapat dipahat dalam diari 2013 SKTJ pada tahun ini samada dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulum.


Inshaa Allah..


Thursday, January 3, 2013

Biar Bercerai Badan Tidak Bercerai Hati

Tidak sampai pun dua tahun.  Tup..tup..tup.. dah tiada lagi.  Tiada siapa pun yang tahu ketika itu.  Hanyalah ketika mesyuarat diadakan, baharulah kami semua mengetahui.  Rasanya belum sempat kenal serapat-rapatnya.










Kemesraan beliau tidak dapat dinafikan.  HEM adalah tugas beliau di sini.  Apa yang dapat dikatakan hanyalah kenagan yang tidak dapat dilupakan.  Tidak banyak, sedikit.  Tapi kesannya banyak.
Ke manakah sekali pun beliau berkhidmat selepas ini, jangan lupakan kami di sini.

Saturday, September 15, 2012

SALAM HARI MALAYSIA

16 SEPTEMBER - merupakan catatan sejarah negara kita, Malaysia. Pembentukan Malaysia pada hari ini dalam tahun 1963 telah menggabungkan keseluruhan negeri pantai Timur dan Barat Malaysia.
Rasa bangga dan syukur harus dipanjatkan kerana kita masih lagi dalam keadaan aman dan harmoni. Sama-samalah kita menjaga dan mengekalkan keamanan ini untuk generasi akan datang.
SKTJ sebagai sebuah institusi pendidikan dalam negara Malaysia, sama-sama menyambut dan menyemarakkan lagi semangat untuk ditanam dalam diri anak-anak didik SKTJ.

video

VISI KPM

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

VISI SKTJ

INSAN YANG CEMERLANG DAN BERAKHLAK MULIA LAHIR DARIPADA SUASANA PERSEKOLAHAN YANG MENYERONOKKAN