Sunday, May 16, 2010

Ibrahim Ahmad Bajunid Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010

Sumber: Utusan Malaysia Online
16/05/2010 3:46pm

Oleh YULPISMAN ASLI
KUANTAN 16 Mei – Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Profesor Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 sempena sambutan Hari Guru ke-39 peringkat kebangsaan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang di sini hari ini.

Penganugerahan itu membolehkan Ibrahim menerima wang tunai RM10,000, pingat, trofi, dan sijil penghargaan daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Tokoh Guru dianugerahkan kepada empat penerima iaitu bekas Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Awang Mohamad; bekas Pengetua Maktab Perguruan Rajang Sarawak, Encharang Agas; bekas guru dari Pulau Pinang, Datuk Chuang Keng Kung; dan bekas Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin Kuala Terengganu, Ainun Jamilah Mohd. Ali.

Kesemua mereka turut menerima wang tunai RM10,000, pingat, trofi dan sijil penghargaan daripada Muhyiddin. – Utusan

Muhyiddin umum ganjaran wang tunai untuk pengetua, guru

Sumber: Utusan Malaysia Online
16/05/2010 2:22pm

KUANTAN 16 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan ganjaran kewangan bersempena sambutan Hari Guru hari ini kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.

Muhyiddin berkata, mereka yang mencapai sasaran Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Kementerian Pelajaran yang ditetapkan bakal mendapat imbuhan wang tunai antara RM900 hingga RM7,500, mulai tahun ini.

"Selaras dengan konsep mengutamakan pencapaian dan keberhasilan, tawaran baru ini, ganjaran kewangan akan diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing melepasi Skor Komposit 92 peratus bagi sekolah menengah dan 84 peratus bagi sekolah rendah.

"Pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500, lima peratus guru-guru (terbaik) sekolah berkenaan pula, iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka, akan menerima RM1,800 dan guru-guru selebihnya lagi akan menerima RM900,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, ganjaran kewangan itu merupakan satu suntikan baru kepada guru-guru untuk bekerja dengan gigih lagi bagi meningkatkan prestasi sekolah dan keberhasilan pelajar. – Bernama

Saturday, May 15, 2010

LADAP BIL 3/2010

Alhamdulillah pada 8 Mei 2010 yang lalu LADAP kali yang ke3 telah diadakan dalam suasana yang santai lagi meriah. Diharapkan guru-guru mendapat manfaat daripada aktiviti-aktiviti yang telah diadakan.

Tuesday, May 11, 2010

Temasya Sukan SKTJ 2010

Pada 29 April 2010 yang lalu, berlangsunglah Temasya Sukan Tahunan SK Taming Jaya dalam suasana yang sungguh gilang gemilang. Syabas diucapkan kepada semua guru, kakitangan sekolah dan murid yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis.

Monday, May 3, 2010

VISI KPM

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

VISI SKTJ

INSAN YANG CEMERLANG DAN BERAKHLAK MULIA LAHIR DARIPADA SUASANA PERSEKOLAHAN YANG MENYERONOKKAN