Thursday, October 7, 2010

Lawatan Tahun 4 & 5

Gambar-gambar sekitar lawatan murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 ke Petrosains Kuala Lumpur.













Saturday, September 18, 2010

Selamat Menjalani Peperiksaan UPSR 2010


Kepada semua murid Tahun 6 SKTJ, selamat menjalani peperiksaan UPSR 2010

Wednesday, September 1, 2010

Solat Hajat UPSR 2010

Pada 31 Ogos 2010 yang lalu bersamaan 21 Ramadhan telah diadakan majlis berbuka puasa dan solat hajat sempena UPSR 2010. Program ini adalah kerjasama antara warga SKTJ, PIBG dan juga ahli-ahli jawatankuasa Masjid Taming Jaya. Di harap program seumpama ini dapat diadakan lagi bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga SKTJ dan masyarakat setempat.






Saturday, August 7, 2010

Perkhemahan Agong Badan Beruniform 2010

Tarikh: 30 Julai 2010 - 1 Ogos 2010.
Tempat: Nur Bukit Unggul, Sepang, Selangor

Tuesday, July 27, 2010

Kembara UPSR 2010

Program Kembara UPSR 2010 telah pun diadakan pada 16 Julai 2010 sehingga 18 Julai 2010 di Kemunting Beach Resort, Melaka. Tahniah kepada semua guru dan murid yang telah menjayakan program.

Sunday, July 11, 2010

Hari Terbuka SKTJ

Tarikh: 9 Julai 2010
Masa: 8 pagi - 12 tengah hari




Sunday, July 4, 2010

English In Camp

Pada 26 Jun 2010 telah diadakan program English In Camp untuk murid-murid Tahun 6. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah Treasure Hunt, Paper Chasing, dan No Problem. Tahniah kepada semua guru dan murid-murid yang telah menjayakan aktiviti tersebut.

Aktiviti Ice breaking

Paper Chasing


Wajah-wajah kepenatan setelah selesai program

Sunday, June 6, 2010

Sambutan Hari Guru SKTJ 2010

Pada 21 Mei 2010 yang lalu, telah berlangsung Sambutan Hari Guru SKTJ dalam suasana yang penuh gilang-gemilang. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah "Guru Pembina Negara Bangsa"

Sunday, May 16, 2010

Ibrahim Ahmad Bajunid Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010

Sumber: Utusan Malaysia Online
16/05/2010 3:46pm

Oleh YULPISMAN ASLI
KUANTAN 16 Mei – Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Profesor Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 sempena sambutan Hari Guru ke-39 peringkat kebangsaan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang di sini hari ini.

Penganugerahan itu membolehkan Ibrahim menerima wang tunai RM10,000, pingat, trofi, dan sijil penghargaan daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Tokoh Guru dianugerahkan kepada empat penerima iaitu bekas Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Awang Mohamad; bekas Pengetua Maktab Perguruan Rajang Sarawak, Encharang Agas; bekas guru dari Pulau Pinang, Datuk Chuang Keng Kung; dan bekas Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin Kuala Terengganu, Ainun Jamilah Mohd. Ali.

Kesemua mereka turut menerima wang tunai RM10,000, pingat, trofi dan sijil penghargaan daripada Muhyiddin. – Utusan

Muhyiddin umum ganjaran wang tunai untuk pengetua, guru

Sumber: Utusan Malaysia Online
16/05/2010 2:22pm

KUANTAN 16 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan ganjaran kewangan bersempena sambutan Hari Guru hari ini kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.

Muhyiddin berkata, mereka yang mencapai sasaran Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Kementerian Pelajaran yang ditetapkan bakal mendapat imbuhan wang tunai antara RM900 hingga RM7,500, mulai tahun ini.

"Selaras dengan konsep mengutamakan pencapaian dan keberhasilan, tawaran baru ini, ganjaran kewangan akan diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing melepasi Skor Komposit 92 peratus bagi sekolah menengah dan 84 peratus bagi sekolah rendah.

"Pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500, lima peratus guru-guru (terbaik) sekolah berkenaan pula, iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka, akan menerima RM1,800 dan guru-guru selebihnya lagi akan menerima RM900,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, ganjaran kewangan itu merupakan satu suntikan baru kepada guru-guru untuk bekerja dengan gigih lagi bagi meningkatkan prestasi sekolah dan keberhasilan pelajar. – Bernama

Saturday, May 15, 2010

LADAP BIL 3/2010

Alhamdulillah pada 8 Mei 2010 yang lalu LADAP kali yang ke3 telah diadakan dalam suasana yang santai lagi meriah. Diharapkan guru-guru mendapat manfaat daripada aktiviti-aktiviti yang telah diadakan.

Tuesday, May 11, 2010

Temasya Sukan SKTJ 2010

Pada 29 April 2010 yang lalu, berlangsunglah Temasya Sukan Tahunan SK Taming Jaya dalam suasana yang sungguh gilang gemilang. Syabas diucapkan kepada semua guru, kakitangan sekolah dan murid yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis.

Monday, May 3, 2010

Monday, April 19, 2010

Lawatan Sambil Belajar Tahun 3 ke Zoo Negara dan Muzium TUDM

Pada hari Khamis bersamaan 15 April 2010, Unit Lawatan SKTJ telah mengadakan lawatan sambil belajar bagi murid-murid Tahun 3. Berikut adalah beberapa gambar kenangan yang sempat dirakamkan.

VISI KPM

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

VISI SKTJ

INSAN YANG CEMERLANG DAN BERAKHLAK MULIA LAHIR DARIPADA SUASANA PERSEKOLAHAN YANG MENYERONOKKAN