Wednesday, August 29, 2012

PERASMIAN GALERI SEJARAH SKTJ

Satu usaha gigih yang harus diteruskan. Jarang sekali dapat dilihat di sekolah-sekolah lain. Sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Terima kasih kepada Encik Wan Shuib bin Wan Ahmad, Pegawai PPD Hulu Langat yang sudi melapangkan masa merasmikan galeri ini sempena sambutan ambang kemerdekaan yang disambut serentak hari ini.

Saturday, August 25, 2012

Salam Aidil Fitri

Pada kesempatan dalam bulan Syawal yang penuh berbahagia ini, moderator SKTJ ingin mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri. Pihak moderator dan juga bagi pihak SKTJ ingin memohon maaf zahir batin sekiranya terdapat tersalah kata dan bahasa yang tidak sedap didengar.

Monday, August 13, 2012

Bilik Baru

Sesuatu yang jarang kita lihat di sekolah-sekolah lain tetapi ada di sekolah ini.
Bilik ini diberi nama Galeri Sejarah. Ruang yang hanya lebih kecil dari sebuah kelas tetapi memuatkan maklumat yang berguna kepada para pelajar.
Gambar-gambar yang terdapat di sini hanyalah sebahagian dan masih dalam proses penambahbaikkan.
Kita tunggu dan lihat apa yang akan dapat saksikan nantikan yang akan dirasmikan pada 30 Ogos 2012 jika tiada perubahan.
Setinggi ucapan tahniah kepada guru-guru yang menjayakan wujudnya bilik ini iaitu Encik Azril, Puan Zuraidah dan Puan Rohaniah. "Saya tidak langsung membayangkan bilik ini akan jadi sebegini rupa," kata Puan Nurjahnah, Guru Besar SK Taming Jaya.

VISI KPM

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

VISI SKTJ

INSAN YANG CEMERLANG DAN BERAKHLAK MULIA LAHIR DARIPADA SUASANA PERSEKOLAHAN YANG MENYERONOKKAN