Sunday, May 16, 2010

Ibrahim Ahmad Bajunid Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010

Sumber: Utusan Malaysia Online
16/05/2010 3:46pm

Oleh YULPISMAN ASLI
KUANTAN 16 Mei – Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Profesor Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 sempena sambutan Hari Guru ke-39 peringkat kebangsaan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang di sini hari ini.

Penganugerahan itu membolehkan Ibrahim menerima wang tunai RM10,000, pingat, trofi, dan sijil penghargaan daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Tokoh Guru dianugerahkan kepada empat penerima iaitu bekas Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Awang Mohamad; bekas Pengetua Maktab Perguruan Rajang Sarawak, Encharang Agas; bekas guru dari Pulau Pinang, Datuk Chuang Keng Kung; dan bekas Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin Kuala Terengganu, Ainun Jamilah Mohd. Ali.

Kesemua mereka turut menerima wang tunai RM10,000, pingat, trofi dan sijil penghargaan daripada Muhyiddin. – Utusan

No comments:

VISI KPM

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

VISI SKTJ

INSAN YANG CEMERLANG DAN BERAKHLAK MULIA LAHIR DARIPADA SUASANA PERSEKOLAHAN YANG MENYERONOKKAN