Friday, November 14, 2014

PENTADBIRAN BAHARU SK TAMING JAYA



SK TAMING JAYA - PENERAJU BAHARU


     Pada pertengahan tahun 2014 SK Taming Jaya telah mendapat seorang guru besar baharu bagi menerajui pentadbiran sekolah ini.  Ini berikutan mantan Guru Besar, Puan Norjahnah binti Abdullah telah bersara.

    Pengganti beliau adalah Puan Romna binti Rosli yang sebelum ini bertugas  sebagai pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat.  Semoga pencapaian SK Taming Jaya akan terus meningkat di bawah pimpinan beliau.



Monday, March 11, 2013


      2013 merupakan tahun yang bertuah bagi warga SKTJ walau pun salah seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid berpindah ke sekolah lain.   Sekarang kami masih ditadbir Puan Norjahnah binti Abdullah.  Penolong Kanan Kurikulum pula masih di bawah Puan Hjh. Naimah binti Nordin.  Beliau juga akan bersara bulan April ini.  Puan Hanizah Soho memangku jawatan Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid.  Encik Zulkifli bin Othman pula Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.  Manakala Puan Juhranar binti Yang pula Guru Penyelia Petang.

   Pada tahun ini SKTJ telah berjaya sebagai johan dalam acara Ragbi peringkat zon.  Salah seorang pemain pula telah dipilih bermain untuk peringkat negeri.


  Semoga kejayaan demi kejayaan dapat dipahat dalam diari 2013 SKTJ pada tahun ini samada dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulum.


Inshaa Allah..


Thursday, January 3, 2013

Biar Bercerai Badan Tidak Bercerai Hati

Tidak sampai pun dua tahun.  Tup..tup..tup.. dah tiada lagi.  Tiada siapa pun yang tahu ketika itu.  Hanyalah ketika mesyuarat diadakan, baharulah kami semua mengetahui.  Rasanya belum sempat kenal serapat-rapatnya.










Kemesraan beliau tidak dapat dinafikan.  HEM adalah tugas beliau di sini.  Apa yang dapat dikatakan hanyalah kenagan yang tidak dapat dilupakan.  Tidak banyak, sedikit.  Tapi kesannya banyak.
Ke manakah sekali pun beliau berkhidmat selepas ini, jangan lupakan kami di sini.

VISI KPM

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

VISI SKTJ

INSAN YANG CEMERLANG DAN BERAKHLAK MULIA LAHIR DARIPADA SUASANA PERSEKOLAHAN YANG MENYERONOKKAN